Takut.

Advertisements

Sahabat.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya.

❤Dalam hidup ini kekadang kita begitu mudah menemukan sifat kekurangan orang lain…..
Tetapi sulit menemukan kekurangan diri…

🧡Kadang kita merasa sendiri sentiasa benar
Hingga tak mau mendengarkan kata nasihat berharga dari orang lain.
Untuk itu… kita memerlukan orang orang terdekat yang mahu berkata jujur tentang diri kita
Tentang kelebihan kita yang belum tergali…
Tentang peluang yang dapat diraih…
Tentang kekurangan yang mesti diperbaiki…
Tentang kelebihan yang mesti difokuskan.

💙Mereka ibarat cermin yang bersih…kita hanya perlu bercermin dan memanfaatkan diri.
Mereka ibarat ”alarm” yang memberikan isyarat dan tanda.tugas kita memperhatikan dan memahami tandanya.
Bersyukurlah…jika masih ada orang yang dengan rela menegur dan memperbaiki kita
Kerana itu tanda cinta…dan Cinta yang diertikan secara luas
💜 Pilih la sahabat di mana ketika kau meminta sesuatu daripadanya, dia akan memberi, ketika kau diam, dia mula menyapa mu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan, datang kepada mu, dia pasti akan meringankan dan membantu mu. Bukan meningalkan mu, itu la namanya SAHABAT …💚